Celik SolatBengkel Praktikal 2 Hari
Bengkel Fizikal · Slot Terhad

Sempurnakan Wuduk & Solat Anda Dalam Masa 2 Hari

Bengkel praktikal — bukan syarahan. Anda akan berdiri, berwuduk dan solat dengan bimbingan terus Ustaz Ulwan Hassim (Al-Azhar), sehingga setiap gerakan dan bacaan anda betul menurut sunnah Rasulullah SAW.

  • 📅
  • 📍
  • 🕘
  • 👥 Lelaki & Wanita

Yuran seorang · Termasuk modul cetak, makan & sijil

Tonton video pengenalan sebelum anda teruskan

700+Pelajar dibimbing
2013Mula mengajar Fardhu Ain
Al-AzharIjazah Usuluddin, Mesir
6Modul praktikal

قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ ۝ ٱلَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خَٰشِعُونَ

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.”

Surah Al-Mu’minun: 1–2

Adakah ini anda?

Solat Setiap Hari, Tapi Masih Rasa Ada Yang Tak Kena

Solat adalah perkara pertama yang dihisab. Tetapi kerana ia dilakukan setiap hari, ramai yang tidak pernah menyemak semula sama ada caranya betul. Ini antara yang paling kerap kami temui:

Masalah 01

Was-was dengan wuduk

Sentiasa rasa wuduk tak sah, terpaksa ulang berkali-kali sampai lambat ke masjid.

Masalah 02

Tak tahu sunnah wuduk

Tak ikut tertib dalam berwuduk dan tak pasti doa yang betul untuk dibaca.

Masalah 03

Sukar khusyuk dalam solat

Fikiran melayang pada hal dunia, dan kerap terlupa sudah berapa rakaat.

Masalah 04

Wuduk asyik terbatal

Tak tahu apa sebenarnya yang membatalkan wuduk, dan bagaimana menjaganya.

Masalah 05

Tinggal solat bila sakit

Terlepas solat kerana tak larat berdiri lama, sedangkan ada cara yang diajar.

Masalah 06

Solat ekspres

Cepat-cepat habiskan solat tanpa tertib dan sunnah yang diajar Rasulullah SAW.

Ramai yang tak cakna

Betapa Pentingnya Tertib & Rukun Solat Yang Betul

Isu ini bukan perkara kecil — ia pernah dibangkitkan berulang kali dalam media arus perdana.

Keratan akhbar mengenai kepentingan tertib dan rukun solat
Keratan akhbar mengenai kesilapan lazim dalam solat
Keratan akhbar mengenai pengabaian ibadah solat
Keratan Berita Harian: Solat jemaah di sekolah patut dicontohi
Sampai bila aku nak jadi macam ni? Tanpa perubahan?

Dari persoalan itulah seseorang mula ingin memperbaiki diri. Kemudian muncul pula soalan kedua — “tapi nak mula dari mana?” Di sinilah bengkel ini bermula.

Silibus bengkel

6 Modul Praktikal Yang Anda Akan Kuasai

Setiap modul ditunjukkan secara praktikal di hadapan anda, kemudian anda praktik sendiri dan diperbetulkan terus oleh ustaz.

Sesi praktikal cara berwuduk mengikut sunnah
Praktikal kedudukan tangan ketika takbiratul ihram Praktikal solat dalam keadaan duduk bagi yang uzur
1Wuduk Cara Rasulullah SAW
  • Wuduk yang betul dan sempurna mengikut tertib dan sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW.
  • Perkara-perkara yang menyebabkan wuduk batal — dan cara mengelakkannya.
2Tips Jaga Wuduk Sepanjang Masa
  • Teknik yang dipraktikkan para ulama dan asatizah untuk kekal berwuduk lebih lama.
  • Amalan harian yang membantu anda mengekalkan wuduk dalam kesibukan kerja.
3Praktikal Capai Khusyuk Dalam Solat
  • Teknik step-by-step untuk merasai nikmat dalam setiap waktu solat.
  • Tiga amalan ulama untuk mengekalkan khusyuk dari takbir hingga salam.
4Tertib Solat Mengikut Rasulullah SAW
  • Amalan sunnah sebelum, semasa dan selepas solat.
  • Setiap gerakan solat ditunjukkan secara praktikal berdasarkan hadis.
5Teknik Solat Ketika Sakit (Lelaki & Wanita)
  • Cara solat praktikal ketika sakit atau selepas pembedahan — supaya tidak lagi terlepas solat.
  • Kesilapan lazim yang dilakukan mereka yang solat dalam keadaan uzur.
6Menghayati & Memahami Bacaan Dalam Solat
  • Maksud ringkas setiap bacaan dalam solat, disusun mudah untuk difahami.
  • Supaya anda tahu apa yang anda ucapkan — punca sebenar kepada khusyuk.
Bonus peserta

3 Bonus Untuk Anda Yang Daftar

Selain 6 modul utama, anda bawa pulang tiga panduan tambahan ini.

Bonus 1

Amalan Mudah, Pahala Besar

Amalan sunnah yang ringkas dilakukan sewaktu solat tetapi ganjarannya besar.

Bonus 2

Tertib & Bacaan Solat Sakit

Panduan lengkap cara solat sewaktu sakit berserta bacaan wajib yang perlu diamalkan.

Bonus 3

SOP Khusyuk Dalam Solat

Senarai semak ringkas untuk anda amalkan setiap kali mendirikan solat selepas bengkel.

Apa anda dapat

Selepas Tamat Bengkel, Anda Akan…

Membetulkan cara wuduk dan solat anda supaya lebih sempurna.

Mengamalkan doa ma’thur yang ringkas tetapi besar ganjarannya.

Memahami setiap pergerakan dan bacaan rukun dalam solat.

Mengelak perkara yang membatalkan solat secara tidak sengaja.

Yuran & pakej

Apa Yang Termasuk Dalam Yuran Anda

  • 2 hari penuh bimbingan praktikalKira-kira 14 jam pembelajaran bersama ustaz secara bersemuka.
  • Modul cetak Celik SolatBuku panduan untuk dibawa pulang dan diulang kaji di rumah.
  • Sesi praktik & pembetulan individuUstaz semak wuduk dan solat anda satu persatu, bukan sekadar syarahan.
  • Makan tengah hari & minumDisediakan sepanjang dua hari bengkel.
  • 3 bonus panduanAmalan mudah pahala besar, solat sakit, dan SOP khusyuk.
  • Sijil penyertaanDiserahkan pada akhir bengkel.

seorang · untuk 2 hari penuh

Tempah Slot Anda Sekarang
JAMINAN
HARI 1

Hadir hari pertama. Jika tak berbaloi, kami pulangkan yuran.

Kami yakin dengan apa yang diajar. Sertai hari pertama sepenuhnya — jika anda rasa bengkel ini tidak membantu memperbaiki solat anda, beritahu kami sebelum pulang pada hari itu dan kami pulangkan yuran anda sepenuhnya. Tiada soal jawab.

Tenaga pengajar

Ustaz Ulwan Hassim

Guru bimbingan anda sepanjang dua hari bengkel.

Potret Ustaz Ulwan Hassim

Ustaz muda dari Terengganu, pemegang Tauliah Mengajar JHEAT dan tenaga pengajar ilmu Fardhu Ain di masjid serta surau sekitar Terengganu sejak tahun 2013.

Beliau merupakan pengasas Pusat Pengajian Al-Quran & Fardhu Ain di Kuala Nerus, Terengganu, dengan lebih 700 orang pelajar di seluruh Malaysia.

Berlatar belakangkan akademik dengan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Mesir.

  • Tenaga Pengajar Ilmu Fardhu Ain sejak 2013
  • Pendakwah bebas di Terengganu sejak 2013
  • Pemegang Tauliah Mengajar JHEAT
  • Pengasas Pusat Pengajian Al-Quran & Fardhu Ain, Kuala Nerus

Bertalaqqi dengan masyaeikh & ulama Timur Tengah:

  1. Shaykh Dr Amru Wirdani (Feqh)
  2. Shaykh Hisham Kaamil Al-Azhari
  3. Shaykh Nabil Al-Misr (Al-Quran)
  4. Shaykh Dr Yusri Al-Hasani (Tasawuf / Hadis)
  5. Shaykh Dr Sayyid Usamah Al-Azhari (Hadis / Usul Fiqh)
Apa kata mereka

Pengalaman Peserta Sebelum Ini

Dengar sendiri daripada mereka yang telah menghadiri bengkel Celik Solat.

Pengalaman Daeng

Peserta bengkel Celik Solat

Pengalaman Amar

Peserta bengkel Celik Solat

Peserta Celik Solat 2.0

Sesi bengkel terdahulu

Peserta Celik Solat 4.0

Sesi bengkel terdahulu

★★★★★

“Selama ni saya ingat wuduk saya betul. Rupanya ada tertib yang saya tertinggal sejak sekolah rendah lagi. Baru dua hari, tapi rasa macam belajar semula dari awal.”

Peserta Celik SolatBengkel terdahulu
★★★★★

“Yang paling saya suka, ustaz tak syarah je — kami disuruh praktik depan dia, kemudian dia betulkan satu-satu. Baru nampak kesilapan sendiri.”

Peserta Celik SolatBengkel terdahulu
★★★★★

“Modul solat ketika sakit sangat membantu. Ibu saya uzur, sebelum ni kami tak pasti caranya. Sekarang dah jelas.”

Peserta Celik SolatBengkel terdahulu
Jangan tunggu lagi

Daftar Dengan 3 Langkah Mudah

1

Isi maklumat anda

Lengkapkan borang di bawah — ambil masa kurang seminit.

2

Sahkan slot di WhatsApp

Kami hubungi anda untuk sahkan slot dan berikan maklumat bayaran.

3

Hadir bengkel 2 hari

Datang dengan pakaian solat. Selebihnya kami sediakan.

Pendaftaran

Tempah Slot Bengkel Anda

Detail Bengkel

Tarikh
Masa
Tempat
Yuran
Untuk
Lelaki & wanita, umur 15 tahun ke atas
Slot tinggal daripada
Bengkel ini dihadkan supaya ustaz sempat menyemak wuduk dan solat setiap peserta secara individu.

Isi Maklumat Anda

Kami akan hubungi anda melalui WhatsApp untuk sahkan slot dan maklumat bayaran.

Sila masukkan nama penuh anda.
Sila masukkan nombor telefon yang sah (contoh: 0123456789).
Format emel tidak sah.
Sila pilih bilangan peserta.
Sila pilih negeri anda.
🔒 Maklumat anda selamat ✓ Tiada bayaran di laman ini ↩ Jaminan hari pertama

Terima kasih, anda!

Maklumat anda telah direkodkan. WhatsApp sepatutnya terbuka secara automatik — jika tidak, tekan butang di bawah untuk sahkan slot anda.

Buka WhatsApp Sekarang
FAQ

Soalan Yang Sering Ditanya

Bengkel ini untuk siapa?

Bengkel Intensif Praktikal Solat Cara Rasulullah SAW ini sesuai untuk mereka yang selama ini berusaha menyempurnakan solat secara praktikal tetapi tidak tahu bagaimana caranya — merangkumi persiapan sebelum solat, wuduk, tertib solat dan cara solat ketika sakit.

Saya dah lama solat. Perlu ke saya join?

Justeru itulah sebabnya. Kebanyakan peserta kami sudah solat berpuluh tahun — dan hampir semuanya menemui sekurang-kurangnya satu perkara yang selama ini dibuat tersalah atau tertinggal, biasanya dalam tertib wuduk atau bacaan rukun. Bengkel ini bukan untuk mengajar anda solat dari kosong, tetapi untuk menyemak dan memperbetulkan apa yang sudah anda amalkan.

Apa yang saya akan belajar?

1. Persiapan sebelum & selepas solat
2. Praktikal wuduk cara Rasulullah SAW
3. Teknik wuduk tahan lama (elak batal)
4. Praktikal capai khusyuk dalam solat
5. Cara solat mengikut Rasulullah SAW
6. Step-by-step solat dalam keadaan sakit
7. Amalan ma’thurat selepas solat

Ada sesi berasingan untuk lelaki dan wanita?

Ya. Ruang peserta lelaki dan wanita diasingkan sepanjang bengkel, dan sesi praktikal dikendalikan dengan mengambil kira batas syarak. Modul solat ketika sakit turut merangkumi panduan khusus bagi wanita.

Boleh saya bawa keluarga dan kawan?

Ya, digalakkan. Ramai peserta datang bersama pasangan, ibu bapa atau anak remaja mereka. Sila nyatakan bilangan peserta dalam borang pendaftaran supaya kami boleh tempah slot yang mencukupi.

Umur berapa yang sesuai hadir?

Bengkel ini direka untuk remaja 15 tahun ke atas hingga warga emas. Kanak-kanak bawah 15 tahun boleh mengikuti bersama penjaga, tetapi sesi praktikal disusun untuk peserta dewasa.

Bagaimana cara bayaran?

Isi borang pendaftaran di atas, kemudian kami akan hubungi anda melalui WhatsApp dengan maklumat bayaran (pemindahan bank / DuitNow). Slot anda disahkan setelah bayaran diterima. Tiada sebarang bayaran dibuat di laman web ini.

Boleh dapat refund atau tukar tarikh?

Ya. Jika anda tidak dapat hadir, beritahu kami sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh bengkel dan slot anda boleh dipindahkan ke bengkel seterusnya tanpa caj tambahan. Selain itu, jaminan hari pertama kami terpakai — jika selepas hari pertama anda rasa bengkel ini tidak membantu, kami pulangkan yuran sepenuhnya.

Ada invoice untuk tuntutan syarikat?

Boleh. Nyatakan kepada kami di WhatsApp semasa pengesahan slot dan kami sediakan invois rasmi atas nama syarikat atau organisasi anda.

Tenaga pengajar ada sanad dalam fiqh ibadah?

Ya. Ustaz Ulwan Hassim memiliki Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Mesir, dan bertalaqqi dengan ramai ulama Timur Tengah termasuk Shaykh Dr Amru Wirdani (Feqh), Shaykh Hisham Kaamil Al-Azhari, Shaykh Nabil Al-Misr (Al-Quran), Shaykh Dr Yusri Al-Hasani (Tasawuf/Hadis) dan Shaykh Dr Sayyid Usamah Al-Azhari (Hadis/Usul Fiqh).

Beliau ada pengalaman mengajar solat?

Ya. Sejak tahun 2013 lagi Ustaz Ulwan Hassim memegang tauliah mengajar JHEAT dan merupakan pengasas Pusat Pengajian Al-Quran & Fardhu Ain di Kuala Nerus, Terengganu, dengan lebih 700 orang pelajar di seluruh Malaysia.

Lepas bengkel ini saya terus boleh khusyuk?

Khusyuk memerlukan latihan dan istiqamah. Apa yang bengkel ini berikan ialah cara yang betul dan panduan praktikal — selebihnya bergantung pada disiplin anda mengamalkannya. InsyaAllah dengan panduan ini anda mampu mencapainya.

Siapa yang tidak sesuai hadir?

Bengkel ini dirangka khas untuk mendidik individu yang ingin memperbaiki ibadah solat mereka. Kami tidak memberi keizinan kepada mana-mana pihak atau syarikat yang menghadiri bengkel ini dengan tujuan mempelajari modul untuk diolah semula sebagai kaedah pengajaran, cetakan atau jualan semula. Semua bahan termasuk siaran digital, kaedah pembelajaran, sistem serta formula adalah hak milik Celik Al-Quran dan tidak boleh diolah semula bagi tujuan komersial lain.

Slot terhad

Solat Adalah Amalan Pertama Yang Dihisab

Dua hari sahaja untuk memastikan amalan yang anda dirikan lima kali sehari, sepanjang hayat, dilakukan dengan betul. Tempah slot anda sebelum penuh.

Tempah Slot Anda WhatsApp Kami
WhatsApp Tempah Slot